Isnin, 16 September 2013

KARNIVAL FROG VLE DAERAH HILIR PERAK 2013


BERTEMPAT DI : SM SAINS TELUK INTAN

Jemputan Acara Rasmi adalah khas untuk para pentadbir sekolah serta wakil PIBG sekolah dan tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan Projek 1BestariNet serta menunjukkan kejayaan VLE Frog di sekolah-sekolah Champion di kluster sebagai panduan kepada sekolah-sekolah lain yang masih dalam peringkat permulaan penggunaan Frog VLE. Ini juga merupakan platform di mana kesemua sekolah di kluster dapat berkongsi pengalaman untuk memantapkan penggunaan VLE Frog di sekolah.

Kepada yang berkenaan sila beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah sebelum karnival berlangsung:

1. Bagi maksud Acara Rasmi : Mengisi borang maklum balas yang disertakan bersama-sama surat ini dan kembalikan kepada YTL Communications melalui email 1BESTARINET@ytlcomms.my sebelum 13 Sept 2013.

2. Bagi maksud Acara Terbuka: Pihak sekolah dikehendaki mengedarkan surat jemputan kepada seluruh warga sekolah, pelajar-pelajar dan Ibubapa bagi menghadiri hari pelancaran ini (surat jemputan kepada ibubapa yang dicetak di atas kepala surat PPD akan diedarkan oleh YTL ke sekolah)

3. Surat jemputan di perkara (2) hendaklah diedarkan bersama-sama risalah ’Perlancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari’ yang akan disediakan oleh pihak YTL Communications dan dihantar secara pos kepada pihak sekolah.

4. Mengedarkan ID VLE 1BestariNet kepada seluruh pelajar-pelajar, Guru-guru dan Ibubapa sebelum hari ‘Perlancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari’ dan mengalakkan pendaftaran.

5. Mendaftar para pelajar, guru dan ibubapa melalui Aplikasi Pendaftaran 1Bestari Net Roadshow.

6. Menghantar Guru Penyelaras Frog VLE (atau pun memilih seorang guru yang mahir dalam ICT, jika tiada) pada pukul 7.15 pagi ke Hari Perlancaran untuk menolong mendaftar hadirin dari sekolah tuan/puan di Help DeskSekolah.

7. Sila dimaklumkan bahawa “Meet, Share and Learn” activity akan diadakan 2 minggu selepas Hari Perlancaran untuk guru-guru dari sekolah yang berlainan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman Frog VLE. Para guru dari pihak sekolah digalakkan untuk menyertai.

SELAMAT BERFROG........

Isnin, 9 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA TAHUN 2013 OLEH BTP

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.
SKOP KAJIAN :
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
JANGKA MASA : 06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Soal selidik guru mengandungi lima bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
Soal selidik murid mengandungi dua bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan Di PKG masing-masing.
JU212
PKG Selekoh.

Khamis, 18 Julai 2013

KEPENTINGAN FROG VLE MEMPERTINGKATKAN PdP.....


Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasiFrog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbuktiFrog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. 

Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.

The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, 

The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Rabu, 3 Julai 2013

SEKADAR MEMBANTU



Kepada Admin Sekolah Frog VLE........   

Sekiranya admin menghadapi masalah dengan id dongle, admin boleh berhubung dengan helpdesk ytl ditalian 018-7998787 samb. 1 untuk mennyelesaikan masalah tersebut atau emel ke moesupport@ytlcomms.my


Masukkan butiran dibawah.
Nama sekolah :
Kod Sekolah :
Id dongle :                                                           
p/w dongle :
Masukkan no hp untuk dihubungi :

Sekian.

JU212

Selasa, 25 Jun 2013

TUGAS ADMIN

TUGAS ADMIN SEKOLAH
1. Menerima dan mengesahkan Dongle YES 4G .
2. Memaklumkan Kepada Pengetua / Guru Besar.
3. Memberi kursus dan pendedahan kepada guru dan murid.
4. Membentuk organisasi Frog VLE sekolah.
5. Membentuk 1 Kumpulan murid (4 orang, 8, 16 dan seterusnya)
6. Mengedarkan user ID dan Password Guru, Murid & ibu bapa.
7. Menyiapkan Dashboard Sekolah.
8. Menyiapkan Takwim Sekolah.
9. Menyiapkan Booking calendar.
10. Share Departmental Sites (Guru kanan & M. pelajaran)
11. Mengisi School Document.
12. Mewujudkan Sites Mata Pelajaran dan Unit KOKO.
13. Menggalakkan penggunaan PROG VLE di sekolah.

KAJIAN VLE/SSQS

PEMANTAUAN KAJIAN PENGGUNAAN VLE DAN SSQS BAGI DAERAH HILIR PERAK OLEH KPM

Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Masa 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : 4 buah sekolah

AEA5073
SMK SERI PERAK
PKG CENDERONG BALAI
JAM : 8.30 PAGI
AEB5169
SMK CONVENT
PKG TELUK INTAN
JAM : 10.30 PAGI
AEA5077
SM (SAINS) TELOK INTAN
PKG HUTAN MELINTANG
JAM : 12.30 PAGI
AEA5076
SMK HUTAN MELINTANG
PKG HUTAN MELINTANG
JAM : 2.30 PTG

Terima kasih atas kerjasama pihak sekolah dalam menjayakan kajian ini bersama dengan Pegawai BTP dan PKG.

Ahad, 23 Jun 2013

LATIHAN FROG VLE


LATIHAN PENGGUNAAN FROG VLE 1BESTARINET 
PPD HILIR PERAK 2013


Bengkel Latihan Penggunaan Frog VLE Daerah Hilir Perak


Latihan akan diberikan kepada 96 buah sekolah yang belum menerima latihan pada tahun 2012. Sebanyak 6 ZON telah dirancang yang melibatkan 192 orang guru yang terdiri dari seorang admin sekolah (guru ICT) dan seorang guru pembantu bagi setiap sekolah.

Seramai 8 orang jurulatih akan memberi latihan kepada peserta dan dibantu oleh jurulatih utama, Pn Roziaton Norin bt Mohd Yusof selaku Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Selekoh.

Tarikh-tarikh :

ZON 1 dan ZON 2 : 18 hingga 20 Jun 2013
ZON 3 dan ZON 4 : 25 hingga 27 Jun 2013
ZON 5 dan ZON 6 : 2 hingga 4 Julai 2013
          

Program : Bengkel Pengukuhan Kemahiran Frog VLE (Admin) Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tarikh : 12 Jun 2013 (RABU)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Selekoh

Sasaran : Admin sekolah (Sekolah yang telah terima latihan pada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 Tahun 2012).

Sabtu, 18 Mei 2013

Salam Perkenalan


Selamat Melompat Ke Alam Baru