Isnin, 9 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA TAHUN 2013 OLEH BTP

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.
SKOP KAJIAN :
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
JANGKA MASA : 06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Soal selidik guru mengandungi lima bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
Soal selidik murid mengandungi dua bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan Di PKG masing-masing.
JU212
PKG Selekoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan