Isnin, 16 September 2013

KARNIVAL FROG VLE DAERAH HILIR PERAK 2013


BERTEMPAT DI : SM SAINS TELUK INTAN

Jemputan Acara Rasmi adalah khas untuk para pentadbir sekolah serta wakil PIBG sekolah dan tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan Projek 1BestariNet serta menunjukkan kejayaan VLE Frog di sekolah-sekolah Champion di kluster sebagai panduan kepada sekolah-sekolah lain yang masih dalam peringkat permulaan penggunaan Frog VLE. Ini juga merupakan platform di mana kesemua sekolah di kluster dapat berkongsi pengalaman untuk memantapkan penggunaan VLE Frog di sekolah.

Kepada yang berkenaan sila beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah sebelum karnival berlangsung:

1. Bagi maksud Acara Rasmi : Mengisi borang maklum balas yang disertakan bersama-sama surat ini dan kembalikan kepada YTL Communications melalui email 1BESTARINET@ytlcomms.my sebelum 13 Sept 2013.

2. Bagi maksud Acara Terbuka: Pihak sekolah dikehendaki mengedarkan surat jemputan kepada seluruh warga sekolah, pelajar-pelajar dan Ibubapa bagi menghadiri hari pelancaran ini (surat jemputan kepada ibubapa yang dicetak di atas kepala surat PPD akan diedarkan oleh YTL ke sekolah)

3. Surat jemputan di perkara (2) hendaklah diedarkan bersama-sama risalah ’Perlancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari’ yang akan disediakan oleh pihak YTL Communications dan dihantar secara pos kepada pihak sekolah.

4. Mengedarkan ID VLE 1BestariNet kepada seluruh pelajar-pelajar, Guru-guru dan Ibubapa sebelum hari ‘Perlancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari’ dan mengalakkan pendaftaran.

5. Mendaftar para pelajar, guru dan ibubapa melalui Aplikasi Pendaftaran 1Bestari Net Roadshow.

6. Menghantar Guru Penyelaras Frog VLE (atau pun memilih seorang guru yang mahir dalam ICT, jika tiada) pada pukul 7.15 pagi ke Hari Perlancaran untuk menolong mendaftar hadirin dari sekolah tuan/puan di Help DeskSekolah.

7. Sila dimaklumkan bahawa “Meet, Share and Learn” activity akan diadakan 2 minggu selepas Hari Perlancaran untuk guru-guru dari sekolah yang berlainan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman Frog VLE. Para guru dari pihak sekolah digalakkan untuk menyertai.

SELAMAT BERFROG........

Isnin, 9 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA TAHUN 2013 OLEH BTP

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.
SKOP KAJIAN :
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
JANGKA MASA : 06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Soal selidik guru mengandungi lima bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
Soal selidik murid mengandungi dua bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan Di PKG masing-masing.
JU212
PKG Selekoh.